I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 23, 2011

Pabila lelaki Betul-betul sayang :)

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama..

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya .

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya ..

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan


Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…. cintailah lelaki… ^_^


p/s: Masih ada lagi ke boyfriend y macam nie..

wsh i could have one..heeee...

Mr AH :)

Thursday, March 17, 2011

Apa Yang Lelaki patut tahu :)

  • Andainya lelaki tahu, Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
  • Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukanbermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu..
  • Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
  • Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
  • Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
  • Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
  • Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


p/s : Saya harap sangat ada orang yang paham saya :)

Sumber :
http://myrasempoi.blogspot.com/
Minta maaf sangat copy dari blog awak yer mira..tapi saya berminat pada entry awak yang ni..
ia sangat betul dan saya setuju sangat :)

Friend :)







p/s: A friend is someone who know all about you and still love who you are

Filem Wajib Tonton


Kongsi



Hikayat Merong Mahawangsa



Pirates Of Caribbean : On stranger tides revealed




Battle of Los Angeles


Green Lantern


Ra.one


Harry Potter


X men Class

p/s: Tak sabar nak tengok cite2 ni..even Merong dah ditayangkan, aku still ta tengok lagi sebab tengah struggle Final exam la katakan..tapi mostly movie2 ni maybe aku akan tengok la..
hhehhehe..can wait nak balik kedah :)

Wednesday, March 16, 2011

Kita Hanya Mampu Berdoa


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Jika benar kau cintakan mereka, kau tidak akan tergamak membiarkan sahaja.

"Kami yakin, saudara-saudara seIslam kami masih dapat membantu kami.

Kami yakin saudara seakidah kami dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupkannya.

Kami yakin juga, saudara seakidah kami di seluruh dunia dapat membantu kami untuk terus hidup dan tidak bergantung pada bantuan-bantuan dari negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis.

Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami?

Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?"

- Pesanan dari Hamas -

Keadaan di Palestin amat memilukan. Umat Islam di Palestin tertindas, terbunuh, diperkosa, dihapuskan tempat tinggal, dikenakan 'catuan' barang-barang keperluan yang melampau dan berbagai-bagai lagi kekejaman yang dikenakan ke atas mereka. Dan suasana ini berterusan, terus, terus dan terus. Tiada penghujungnya. (Rujuk Qs. 2:120)

Namun kini, akhbar dan media massa sepi daripada berita tentang mereka. Seakan-akan keadaan di sana aman sentosa.

Itulah dia, masyarakat kita. Begitu mudah kita diperkotak-katikkan oleh media massa, sehinggakan cara kita berfikir dan informasi-informasi yang kita ketahui dikuasai dan dikawal oleh mereka.

Maka, jadilah isu Palestin itu satu isu yang ber'musim' sahaja.

Sedangkan sebenarnya, ia tidak.

Hanya mampu berdoa?

Sering kita dengar, "Tidak ada apa yang dapat kita lakukan untuk mereka. Apa yang kita mampu hanyalah berdoa."

"Cukuplah buat kita sedekahkan kepada mereka sepotong doa. Itu sudah cukup buat mereka."

Kata-kata pasrah.

Tidak. Bukan niat saya hendak merendah-rendahkan mereka yang berkata sedemikian. Benar, doa itu penting. Saya tidak menafikannya. Namun benarkah, kita hanya mampu berdoa sahaja?

Hari-hari penduduk Palestin terpaksa berjuang untuk mempertahankan al-Aqsa.
Hari-hari mereka terpaksa mempertaruhkan nyawa demi membela maruah dan agama mereka.

Sedang kita, hanya bergoyang kaki dan berdoa sahaja?

Cukupkah?

Cuba letakkan diri anda di posisi mereka.

Kenali punca.

Kenali 'akar'nya dahulu.

Setiap perkara yang berlaku, pasti ada punca dan akarnya. Dan untuk kita mengetahui dan merancang usaha-usaha penyelesaian yang perlu kita ambil, amat penting bagi kita mengenal pasti puncanya terlebih dahulu. Ini perlu didahulukan bagi mengelakkan kita silap dalam bertindak dan dalam membuat rumusan, agar tindakan yang mahu direncanakan tepat, membasmi terus masalah daripada akarnya.

Maka suka saya bawakan satu fakta yang bagi saya menarik.

Menurut suatu perangkaan, umat Islam kita di sekitar Palestin, yakni di negara-negara Islam di Tanah Arab sahaja, kesemuanya berjumlah seramai 300 juta orang.
(Ini belum campur sekali dengan bilangan umat Islam di tempat-tempat lain, seperti di Asia, Eropah dll)

Sedangkan, bilangan orang-orang Yahudi di tanah Palestin hanyalah berjumlah 5 juta orang sahaja! (Nisbah, 1:60)

Dari segi saiz, umat Islam boleh diibaratkan seperti 'gajah' dan orang-orang Yahudi hanyalah seperti 'semut'!

Namun, mengapakah kekejaman terhadap umat Islam di Palestin sana tetap berterusan?

Tidak cukupkah lagi bilangan kita itu?

Mengapa 'gajah' masih tidak mampu untuk mengalahkan 'semut'?

Umat Islam masih tidak cukup kuat?

Persoalannya, mengapa?

United We Stand, Divided We Fall

Iman' faktor penyatu.

Ya, masalah sebenarnya umat Islam tidak bersatu. Apa gunanya kuantiti jika kita tiada kualiti?

Jika dilihat umat-umat Islam yang terdahulu, walaupun bilangan mereka lebih kecil, mereka tetap beroleh kemenangan demi kemenangan dalam peperangan-peperangan yang mereka hadapi (Ter'balik' dari situasi kita kini). Dan ini semua berjaya mereka capai atas 'keterikatan hati-hati' di antara mereka.

"Wahai Nabi (Muhammad)! Kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika adadua puluh orang yang sabar di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus (orang musuh); Dan jika ada seratus orang (sabar) di antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, kerana orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti." [ Surah Al-Anfal (8): 65 ]

Dalam hal ini, suka saya menyentuh 'Peperangan Badar al-Kubra'.

Jika dilihat secara kasar, umat Islam berada dalam posisi yang amat 'kekurangan'. Mari kita perhatikan :

Peperangan berlaku pada bulan 'Ramadhan'.
Jumlah tentera Muslimin hanyalah '313 orang'.
Alatan perang amat-amatlah 'tidak seberapa'. (hanya 2 ekor kuda, 70 ekor unta)

Sedangkan tentera musyrikin Makkah?
1300 askar, dengan 100 ekor kuda, 600 perisai, dan bilangan unta yang terlalu banyak, sehinggakan tidak dapat dipastikan jumlahnya!

Namun akhirnya, pihak mana yang menang? Pihak Islam.

Mengapa?

Apakah 'edge' (kelebihan) yang ada pada umat Islam ketika itu berbanding kaum musyrikin yang ramai, dan lengkap alatan perangnya?

Ya, pihak lawan mungkin mempunyai senjata-senjata yang lebih hebat, alatan-alatan perang yang lebih maju, malah mungkin bilangan tentera yang lagi ramai berbanding umat Islam.

Namun kita? Kita punyai Allah. Yang Maha Perkasa, Yang Tidak Terkalah.

Maka, adakah sesiapa yang dapat mengatasi maupun menandingi kehebatan dan kekuasaan-Nya?

Siapakah yang dapat menghalang kemenangan bagi umat Islam, jika Dia berkehendak sedemikian?

Namun, salahnya pada kita. Kita tidak mahu bersatu.

Kita tidak mahu sama-sama berganding bahu dalam menjunjung perintahNya.

Solusi: Umat Islam harus segera bertindak! Kita perlu bersatu... Bagaimana?

"Dan taatilah Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah berserta orang-orang sabar." [Surah Al-Anfal (8): 46]

"Tidak ada seorang pun di antara kalian dipandang beriman sebelum ia menyayangi saudaranya sesama Muslim sama seperti halnya ia menyayangi dirinya sendiri." [HR. Bukhari]

Bagaimana kita mahu umat Islam memperjuangkan hak saudara-saudaranya di Palestin, jika ramai umat Islam masih belum mengasihi dan mengambil peduli nasib saudara-saudara yang seaqidah dengan mereka?

Bagaimana kita mahu umat Islam bersatu, dan sanggup menolak ke tepi perbezaan di antara mereka, sedangkan 'tali' persamaan yang mengikat di antara kita masih tidak kuat dan tidak kukuh, yakni iman-iman di dada kita?

Ya, bagaimana?

Maka, mahu tidak mahu, solusinya tidak lain tidak bukan kita perlu membawa masyarakat kita kembali pada Allah.

Memperkemas dan 'saling' memperkukuh iman-iman di dada kita. Membina kembali 'tali' penghubung dan pengikat yang paling ampuh, di antara kita umat Islam.

Kerana, 'IMAN' yang menyatukan kita.

"Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana." [Surah al-Anfal (8): 63]

Hanya Dia sahaja yang dapat menyatukan hati-hati kita, hati-hati orang mukmin.

Hanya Dia sahaja yang dapat mengikat hati-hati umat Islam, walaupun berbeza latar, keturunan, warna kulit, 'kelompok' maupun bangsa.

Hanya Dia sahaja yang dapat memberi kemenangan ke atas umat Islam, walau siapapun pencabar kita.

Maka, kepada 'siapa' lagi harus umat kita kembali dan memohon pertolongan?

Dan dari segala apa-apa tindakan dan usaha yang perlu diambil, saya kira, ini merupakan tindakan yang 'paling utama'. Iaitu, membawa umat Islam KEMBALI kepada Allah, BERSATU (bekerjasama) dalam memperjuangkan agamaNya, dan kesatuan itu terikat atas dasar 'keIMANan' di antara kita.

Ya, ia merupakan solusi utama bagi permasalahan-permasalahan di Palestin. Langkah yang pertama yang perlu diambil sebelum mengambil tindakan-tindakan yang lain.

Maka, masihkah kita hanya mampu berdoa sahaja?

Cukupkah kita dengan hanya melihat dan membiarkan sahaja?

Sedangkan jika hanya umat Islam di Palestin diharapkan, amat-amatlah sukar kerana suasana amat menekan mereka, malah bekalan-bekalan dan peralatan-peralatan mereka amatlah kekurangan.

Dan kitalah yang sebenarnya perlu bangkit. Bangkit dari lena kita. Bangkit dari tido yang panjang.

Ketepikan dan berlapang dadalah akan perbezaan-perbezaan yang ada di antara kita. Tuhan kita sama. Matlamat kita sama. Dan ikatan imanlah yang mengikat hati-hati kita.

Mari kita bersatu. Bangun serentak bersama-sama, membebaskan Palestin dari cengkaman Zionis.

Selain itu, tetaplah kita terus-menerus sebarkan kesedaran kepada masyarakat akan isu-isu di Palestin. Ya, ia amat penting juga sebagai wacana kebangkitan dan penyatupaduan umat.

Dan sudah pasti, jangan lupa doa dan tawakkal sesudah berusaha.
Sesungguhnya, Dia juga yang menentukan, sama ada usaha kita itu berhasil, atau tidak punya apa-apa makna.

Dengan usaha kita bersama ini, pasti umat Islam akan bangkit kembali!

InshaAllah!

Maka apa tunggu-tunggu lagi? Jom sama-sama kita bertindak!

Ayuh umat! Mari bangkit!

"Serentak kita maju, ke hadapan kita bergerak!"

"Berangkatlah kamu baik dengan keadaan ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." [Surah Al-Anfal (9): 41]

Demi al-Aqsa Tercinta

Wahai manusia,

Demi al-Aqsa tercinta,

Jangan sekali kau kata kau tiada daya,

Diam seribu bahasa,

Mampu berdoa cuma?

Namun,

Apakah erti doa,

Jika usahanya tiada.

Rumah Allah itu kian dirobek,

Saudara seakidah kita pula,

Terus dibunuh, dan diperkosa,

Sungguh kejam, sedangkan mereka juga manusia.

Namun kita,

Hanya mampu melihat dan membiarkan sahaja?

Tergamakkah kita?

Bangkitlah kalian,

Demi al-Aqsa tercinta.

Tepuk dada,

Tanya hati,

Sudahkah cukup aku berusaha?

Sumber : Artikel iluvislam.com

p/s: sejenak saya terfikir, kita sepatutnya brsyukur dengan apa yang kita ada di sini, Mereka disana tidak pernah merasa bermain dengan gembiranya, kalu disana mereka bermain dalam keadaan takowt..

persoalannya : Bersyukurkah kita??