I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, March 12, 2011

Tsunami??


Antara-antara gambar Tsunami yang melanda Dunia




Apa itu Tsunami??

Tsunami?? istilah tsunami menerangkan satu siri ombak yang panjang dan terbentuk selepas sejumlah air dipindahkan secara tiba-tiba. Tsunami adalah daripada perkataan Jepun, dan apabila ditulis ke inggeris ia bermaksud 'Harbour'. Istilah ini pada mulanya digunakan oleh nelayan jepun yang menerangkan kemusnahan yang dilakukan ombak besar yang mana boleh menghapuskan seluruh kawasan pengkalan kapal. Yang anehnya mereka tidak mengalami sedikit pun kesan pada bot-bot mereka di laut.

Tsunami-tsunami adalah ombak-ombak mmpunyai ciri-ciri pergerakan yang pantas, kadang-kadang mempunyai ketinggian ombak yang sangat tinggi dan jarak ombak panjang, oleh itu tsunami adalah ombak2 raksasa.

Dalam lautan dalam, tsunami jarang dirasakan kerana mereka ditutupi oleh kebesaran/keluasan lautan. walau bagaimanapun, tsunami memang boleh menghancurkan apabila jarak di bawah lautan semakin kurang apabila menuji ke darat. kelajuan tsunami boleh bergerak di sepanjang lautan dengan pantas, biasanya dari 500 ke 1000 kilometer sejam,dengan tenaganya yang agak konsisten dan agak sukar kelihatan dilaut. Ini adalah sebabnya, mengapa Tsunami dihasilkan dari satu kawasan dan boleh memberi kesan ke kawasan2 lain yang beribu2 kilometer jauhnya.

Apa penyebab tsunami?

1) Gempa bumi
2)Tanah Runtuh
3) Gunung berapi
4)Extrterrestrial Collision

Kejadian Tsunami?

1755 : Lisbon,portugal dan eropah, mengorbakan kira-kira 60.000 orang
1883 : letupan gunung Krakatoa selat sunda,indonesia 36.000 orang
1946 : Alaska,Us 165 orang
1896 : jepun
1960 : Tsunami paling besar (berukuran 9.5)chile dan negara-negara di pacifik
1964 : Pantai barat amerika utara
1976 : Filipina , lebih 5.000 orang terbunuh
1998 : Papua new guinea, 6000 orang
2004 : Asia selatan dan afrika timur, Indonesia,Thailand dan Malaysia..mengorbankan lebih 150,000 orang
2011 : Jepun, Tsunami dendan kekuatan 8.9 magnitude telah melanda jepun, marilah kita bersama-sama mendoakan yang terbaik untuk mereka
disana, dan juga mendoakan pelajar2 yang belajar di sana dalam keadaan selamat..

Sumber : Laman web Bencana

Inilah macam mana tsunami boleh terjadi


Tsunami sebelum dan selepas



p/s: Tsunami telah banyak memusnahkan sesebuah negara, kenapa ia terjadi? kita hanya mampu jawab dengan cara saintifik, tapi sebab-sebab sebenarnya terjadi adalah kuasa Tuhan, kita tidak tahu apa yang telah dirancang..Oleh itu, kita sepatutnya berasa insaf apabila kejadian sebegini berlaku, ia akan mengigantkan kita bahawa Dunia semakin lali, kita semakin alpa..





No comments:

Post a Comment