I made this widget at MyFlashFetish.com.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 4, 2011

Redha Vs Terpaksa

Setiap perjalanan hidup ini ada dugaan yang datang menghampiri. Tidak kira sama ada kita rela atau tidak ia pasti menjengah kehidupan kita. Semua hamba-Nya pasti merasa dengan cubaan dan dugaan yang dihulurkan agar kita sebagai hamba-Nya yang hina tidak pernah lupa dan alpa bahawa Dia adalah pentadbir alam yang sebenar-benarnya.
Itu apa yang dikata, namun sunnnatullah kita adalah hamba yang paling hampir dengan sifat lupa dan alpa walau terkadang hidup dan diri diuji tetapi masih terus hanyut entah ke mana. Kerana kita tidak redha dengan ujian yang diberi, tidak terima dengan cubaan yang menguji, tidak ingin mengambil pengajaran dari dugaan yang Allah S.W.T hantar dalam hidup ini.
Apalah ertinya hidup, andai hati kita tidak pernah redha dengan segala pemberiannya apatah lagi dugaan. Orang yang tidak faham, mesti berkata ujian dan dugaan itu adalah bala dan musibah. Ya! nampak betul pada pandangan mata kasar, tetapi pada zahirnya ia adalahnikmat dan punya hikmah yang kita tidak ketahui.
Ujian dan dugaan adalah nikmat - kenapa saya kata nikmat? Nikmat kerana ia adalah sesuatu peringatan buat kita yang sering lupa dan alpa dengan dunia. Sebagai contoh, tanda lampu merah, ibarat berhenti di traffic light, kerana asyik sangat memandu satu masa kita akan jumpa lampu merah sebagai peringatan agar kita berhenti daripada meneruskan perjalanan dan berfikir ke mana harus kita tujui seterusnya, betul ke?
Terpulang pada pandangan masing-masing untuk menilai sejauh mana nikmat dugaan itu perlu kita syukuri dan hati redha dengan ujian Ilahi. Dugaan itu untuk menguji sejauh mana iman dan setebal apakah iman kita? Bila ujian datang kita akan tersedar betapa sebenarnya kita tidak sekuat apa pun, betapa diri kita tidak sehebat mana pun, betapa kita ini bukan the champion of the world.
Jangan sombong dengan Dia. Jangan kita lupa bahawa Dia champion yang sebenarnya. Kaya itu nikmat tetapi kaya itu juga dugaan. Sihat itu nikmat tetapi sihat itu juga dugaan. Rezeki itu nikmat tetapi rezeki itu juga dugaan. Ilmu itu nikmat tetapi ilmu itu juga dugaan buat kita.
Kalau hendak dihitung nikmat yang diberi Allah S.W.T yang Maha Pemurah memang tidak akan terhitung. Maka sedarlah kita jangan hati kita tidak redha dengan ujian dan dugaan yang mendatang. Redha kerana itulah tanda kebahagiaan yang hampir dengan kita. Ya, cakap memang senang tetapi hidup ini perlukan mujahadah untuk kita redha dengan istiqomah agar hati kita tenang dan yang paling penting sentiasa ingat Dia walau apapun sekali keadaannya. Baik masa susah atau masa senang, waktu kita tersungkur menerima ujian dari-Nya atau apa sahaja. InsyaAllah hati yang redha pasti tenang.
Jangan kita jadikan hati kita, hati yang sakit saat terima ujian dan dugaan dan merasakan tiada peluang dan ruang untuk kita terus berjuang. Kita diberi ujian sebagai ingatan agar kita tidak terus alpa, agar kita ingat itu adalah balasan dunia untuk ringankan azab di akhirat sana. Sedarlah kita sebagai hamba-Nya hanya meminjam apa yang ada, dan Dia berhak memberi apa sahaja yang dia mahukan agar kita tahu Dia masih menyayangi kita masih memandang kita sebelum Dia palingkan wajah-Nya dari kita.
"Apa sahaja yang Allah anugerahkan kepada manusia berupa rahmat, maka tidak ada seorang pun yang dapat menahannya, dan apa saja yang ditahan oleh Allah maka tidak seorang pun yang sanggup untuk melepaskan nya sesudah itu. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Fathir: 2)
Hati yang sakit dan tidak redha tidak akan mudah dan tidak akan berlapang dada dalam menerima dugaan dan ujianNya, kerana apa? Kerana hatinya telah jauh dari AsmaNya. Ubati lah hati itu agar kita tidak semakin jauh dan menjauh, terima lah ujian Nya agar kita tidak mengikuti jalan yang salah.Sesungguhnya " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)
Terima seadanya apa yang ada kerana setiap apa pun yang terjadi pasti ada hikmah yang tersembunyi. Dalam perjalanan hidup ini kita mesti terus berjalan namun sesekali kita harus berhenti untuk muhasabah diri sebelum terus meneruskan perjalanan hidup ini. Semoga menjadi ingatan bersama kerana saya juga hambaNya yang masih mencari sesuatu di antara waktu.

No comments:

Post a Comment